ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 38. Qazaf.

Kecuali dalam kes Ii'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Undang-Undang Islam, empat orang saksi atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.