ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 108. Mencabar kebenaran saksi.
Kebenaran seseorang saksi boleh dicabar dengan cara-cara yang berikut oleh pihak lawan atau, dengan persetujuan Mahkamah oleh pihak yang memanggilnya-
(a)
dengan jalan keterangan yang diberi oleh orang-orang yang menerangkan bahawa mengikut pengetahuan mereka berkenaan dengan saksi itu mereka percaya saksi itu sebagai tidak boleh dipercayai;
(b)
dengan jalan bukti bahawa saksi itu telah diberi rasuah, atau telah menerima pemberian rasuah, atau telah menerima apa-apa lain dorongan yang keji supaya memberi keterangannya; atau
(c)
dengan jalan membuktikan kenyataan-kenyataannya dahulu mana-mana bahagian keterangannya boleh disangkal;
Huraian--
Seseorang
saksi yang mengatakan seorang saksi lain sebagai tidak boleh dipercayai tidaklah boleh, dalam masa pemeriksaan utamanya, memberikan sebab-sebab bagi kepercayaannya itu, akan tetapi ia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan-jawapan yang diberinya itu tidak boleh disangkal, sungguhpun, sekiranya jawapan-jawapan itu palsu, ia boleh kemudiannya dipertuduhkan kerana memberi keterangan palsu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.