ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 105. Menjalankan hukuman dan perintah.

Jika sesiapa yang terikat kepada mana-mana hukuman atau perintah suatu Mahkamah mungkir mematuhinya dalam masa yang pada pertimbangan Mahkamah berpatutan Mahkamah boleh atas permohonan sesiapa yang berhak mendapat faedah di bawah hukuman atau perintah itu, atau dengan kehendak Mahkamah sendiri, menghantar satu salinan hukuman dan perintahnya yang diakui sah kepada mana-mana Mahkamah Pengadil yang berkuasa di tempat itu bersama dengan satu permintaan dialamatkan kepada Pengadil tersebut supaya hukumannya atau perintahnya itu boleh dijalankan dan Mahkamah Pengadil tersebut hendaklah menjalankan hukuman atau perintah itu dan menggunakan apa-apa kuasa berhubung dengan perkara ini termasuklah kuasa menangkap dan mempenjarakan dan mengeluarkan saman si berhutang hukuman dengan cara seolah-olah hukuman atau perintah itu diberi dan dibuat olehnya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.