ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XV - DARIHAL PERINGANAN, PENANGGUHAN DAN PENGURANGAN HUKUMAN



Seksyen 129. Kuasa untuk menangguhkan atau mengurangkan hukuman.

(1) Apabila mana-mana orang telah dihukum dengan hukuman bagi sesuatu kesalahan, D.Y.M.M. Sultan selepas mendapat nasihat daripada Majlis boleh, pada bila-bila masa, tanpa syarat, atau dengan apa-apa syarat yang diterima oleh orang yang dihukum itu, menangguhkan pelaksanaan hukuman atau mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian hukuman yang dia telah dihukum.

(2) Apabila permohonan dibuat kepada D.Y.M.M. Sultan bagi penangguhan atau pengurangan hukuman, D.Y.M.M. Sultan boleh menghendaki Hakim yang mensabitkan itu supaya menyatakan pendapatnya tentang sama ada permohonan itu boleh dibenarkan atau ditolak dan Hakim tersebut hendaklah menyatakan pendapatnya sedemikian.

(3) Jika mana-mana syarat yang atasnya sesuatu hukuman telah ditangguh atau dikurangkan adalah, pada pendapat D.Y.M.M. Sultan tidak dipenuhi, D.Y.M.M. Sultan boleh membatalkan penangguhan atau pengurangan itu; maka dengan itu orang yang bagi faedahnya hukuman telah ditangguh atau dikurangkan bolehlah, jika dia telah dilepaskan, ditangkap oleh mana-mana pegawai polis atau Pegawai Penguatkuasa Agama tanpa waran dan ditahan oleh seorang Hakim Syarie untuk menjalani bahagian hukuman yang belum habis itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.