ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Iqrar



Seksyen 18. Syarat Iqrar.

(1) Pembuat iqrar hendaklah seorang yang akil baligh.

(2) Kecuali diperuntukkan sebaliknya, iqrar berikut adalah tidak layak diterima-
(3) Seorang kanak-kanak yang mumaiyiz telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan urusan dengan orang ramai hendaklah dianggap seorang dewasa untuk maksud seksyen ini dan iqrar yang dibuat olehnya hendaklah diterima sebagai sah.

Huraian
- Iqrar oleh kanak-kanak tersebut yang telah diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan dan berurusan dengan orang ramai hendaklah dianggap seorang dewasa dalam hal berkaitan dengan perniagaan dan urusan seperti hutang, amanah, a'riyah, mudharabah, ghash dan sebagainya, akan tetapi tidak diterima dalam urusan seperti mahr, jinayat (kesalahan yang boleh didenda) dan kifalah (keselamatan).

(4) Pihak yang mendapat faedah dari iqrar tidaklah disyaratkan seorang yang aqil baligh.

Huraian
- Jika seseorang pembuat iqrar berkata sesuatu benda atau harta itu adalah bagi faedah seseorang kanak-kanak kecil yang mumaiyiz, iqrarnya itu adalah layak diterima dan pembuat iqrar itu adalah terikat dengan iqrarnya.

(5) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.

(6) Pembuat iqrar hendaklah terdiri dari orang yang tidak ditegah dari menguruskan hartanya (mahjur'alaih).

(7) Iqrar yang dibuat dalam keadaan mabuk tidak boleh diterima dalam kes-kes yang boleh dikenakan hudud.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.