ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 ORANG TAK BERKEUPAYAAN
Seksyen 26. Peruntukan am tentang ketakupayaan.
Jika plaintif ialah seorang tak berkeupayaan-
(a)
tiada penyelesaian atau kompromi boleh menjadi sah tanpa keizinan Mahkamah;
(b)
semua wang atau harta lain yang diperolehi untuk plaintif dalam, atau berbangkit daripada, tindakan hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah atau didepositkan di Mahkamah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.