ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Kuasa Menyemak



Seksyen 58. Kuasa menyemak rekod Mahkamah Tinggi Syar'iah dan Mahkamah Rendah Syar'iah.

(1) Mahkamah Apil Syar'iah atau Mahkamah Tinggi Syar'iah, mengikut mana yang berkenaan, boleh memanggil dan menyemak rekod mana-mana prosiding dalam perkara jenayah di Mahkamah Tinggi Syar'iah atau Mahkamah Rendah Syar'iah, mengikut mana yang berkenaan, bagi maksud meyakinkannya bahawa keputusan dalam prosiding itu adalah betul dan sah, dan bahawa prosiding itu dijalankan mengikut peraturan Mahkamah.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Pesuruhjaya boleh memohon salinan-salinan rekod mana-mana prosiding asal dalam perkara jenayah dl Mahkamah Tinggi Syar'iah atau Mahkamah Rendah Syar'iah, dan jika dia mendapati bahawa keputusan yang dicapai itu tidak mengikut kehendak undang-undang, dia bolehlah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Apil Syar'iah atau Mahkamah Tinggi Syar'iah mengikut mana yang berkenaan, dan bolehlah Mahkamah yang berkenaan memanggil dan menyemak rekod prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.