ENAKMEN 16 TAHUN 1992
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 91. Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

(1) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya adalah disebut pemeriksaan utama.

(2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak lawan adalah disebut pemeriksaan-balas.

(3) Jika seseorang saksi telah diperiksa-balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.