ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
Seksyen 46. Pengeluaran waran sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada saman.
Mahkamah boleh dalam mana-mana kes yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman untuk kehadiran mana-mana orang, mengeluarkan waran setelah mencatatkan alasannya, untuk menangkap orang itu-
(
a
) jika sama ada sebelum atau selepas mengeluarkan saman tetapi sebelum masa yang ditetapkan untuk orang itu hadir ke Mahkamah, Mahkamah mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
(
b
) jika pada masa yang ditetapkan dia gagal hadir dan dibuktikan saman telah disampaikan dengan sempurna dalam tempoh masa untuk mengemukakan kehadirannya dan tiada kemaafan munasabah diberikan atas kegagalan tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.