ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII
Peruntukan Khas Berhubung dengan Keterangan



Seksyen 192. Di mana orang yang terikat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.

Apabila dibuktikan sehingga Hakim berpuas hati bahawa mana-mana saksi yang terikat untuk memberi keterangan di dalam perbicaraan mana-mana kesalahan yang boleh ditangkap berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa keadilan akan terjejas jika orang itu tidak hadir di dalam perbicaraan untuk memberi keterangan. Hakim boleh di atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie atau orang yang dituduh dan selepas peruntukan dibuat untuk saraannya dan untuk pampasan di atas penahanannya dan masanya yang terbuang, memerintah orang itu supaya ditahan di penjara sivil sehingga perbicaraan atau sehingga dia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa dia akan memberi keterangan di dalam perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.