ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979


JADUAL KEDUA.

(Seksyen 27)

KUASA TAMBAHAN MAHKAMAH KADI

Penggantungan tindakan.

1. Kuasa untuk menggantungkan sebarang tindakan melainkan jika tindakan itu telah dibuat di dalam daerah di mana:

Pemindahan tindakan.

2. Kuasa, apabila dipohon atau atas usulnya sendiri, memindahkan sebarang tindakan kepada Mahkamah Kadi lain.

Penyerahan.

3. Kuasa, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, memerintah penyerahan prosesnya di mana-mana tempat atau pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara, dan memerintah supaya penyerahan dianggap telah dilaksanakan pada bila-bila masa.

Proses mewajibkan kehadiran.

4. Kuasa mewajibkan melalui notis yang dialamatkan kepada pegawai yang menjaga penjara mana-mana orang di dalam penjara supaya dikemukakan kepadanya untuk sebarang maksud.

Salinan Pejabat dan salinan sah.

5. Kuasa mengeluarkan dan menggunakan untuk sebarang maksud salinan-salinan pejabat atau salinan-salinan sah mana-mana tindakan di dalam Mahkamah itu, dan menggunakan dan bertindak atas mana-mana salinan pejabat atau salinan sah yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang lain.

Kos.

6. Budibicara untuk memerintahkan kos tindakan yang termasuk tindakan-tindakan yang telah digantungkan, kecuali jika telah diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Perlaksanaan.

7. (1) Kuasa untuk pecah-masuk mana-mana rumah atau premis bagi maksud penyiasatan dan dalam melaksanakan mana-mana perintah perIaksanaan dan kuasa memecahkan mana-mana peti besi, almari atau kotak-kotak lain yang terdapat di dalam rumah atau premis-premis tersebut melalui pegawai Mahkamah.

(2) Kuasa untuk memeriksa mana-mana orang mengenai hartanya atau harta orang lain atau mengenai pelupusan mana-mana harta tersebut.

(3) Kuasa, mengenai pelaksanaan sesuatu perintah tahan harta sebelum hukuman, dan kuasa mengenakan hukum mengenai pengurusan, ganti rosak dan pampasannya.

Masa.

8. Kuasa melanjutkan atau memendekkan masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis berkenaan melakukan sesuatu perbuatan atau mengambil apa-apa tindakan, sungguhpun sebarang permohonan untuk maksud demikian tidak dibuat sehingga tempoh masa yang ditetapkan itu telah tamat.

Fee.

9. Kuasa untuk mengenakan apa-apa bayaran dan menentukan apa-apa fee mengenai apa-apa tindakan Mahkamah di bawah dan menurut Enakmen ini.

Penghinaan Mahkamah.

10. Kuasa untuk menghukum apa-apa tindakan atau perbuatan yang disifatkan sebagai penghinaan Mahkmah.

Kuasa membuat kaedah dan peraturan.

11. Tertakluk kepada kuasa Mahkamah Rayuan, kuasa untuk membuat kaedah dan peraturan mengenai amalan dan aturcara berkaitan dengan perbicaraan di depannya.

Lain-lain kuasa.

12. Lain-lain kuasa seperti yang diperuntukkan sekarang dan selepas ini oleh mana-mana undang-undang tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.