ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN HAKIM DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 7. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Menteri Besar dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(3) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.