BAHAGIAN VII - PENJAGAAN Penjagaan ke atas Orang dan Harta
(2) Seseorang yang dilantik di bawah seksyen-kecil (1) boleh diperintahkan oleh Mahkamah supaya mengemukakan suatu akaun mengenai urusan-urusan yang dibuat olehnya mengenai harta kanak-kanak itu.
(3) Mahkamah boleh, kerana sesuatu sebab yang memadai, membatalkan apa-apa perintah, atau memansuhkan apa-apa perlantikan, yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1), dan boleh melantik seorang lain dengan memberi kepadanya kuasa yang sama atau apa-apa kuasa yang lebih besar atau lebih kecil yang difikirkannya patut, atau boleh melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.