ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 214. Enggan mengangkat sumpah apabila dikendaki untuk mengangkat sumpah dengan wajarnya oleh pegawai agama.

Sesiapa sahaja, yang enggan mengikat dirinya dengan sumpah bagi menyatakan sesuatu yang benar, apabila dikehendaki mengikat dirinya sedemikian oleh seseorang pegawai agama yang berkompeten di sisi undang-undang untuk menghendaki dia mengikat dirinya sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.