ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 7 - SAKSI
Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibubapa dan anak sebagai saksi.
(1)
Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isterinya terhadap suaminya boleh diterima sebagai
shahadah
dan
bayyinah.
(2) Keterangan seorang anak terhadap ibubapanya atau keterangan ibubapanya terhadap anaknya boleh diterima sebagai
shahadah
dan
bayyinah.
(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya tidak boleh diterima sebagai
bayyinah.
(4) Keterangan ibubapa bagi anaknya dan keterangan anaknya bagi ibubapanya tidak boleh diterima sebagai
bayyinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.