ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X
Darihal perbicaraan



Seksyen 100. Butir-butir yang hendak dicatatkan.

(1) Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan catatan rasmi berkenaan dengan butir-butir bagi tiap-tiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan ianya disiapkan satu kertas pertuduhan mengikut borang seperti yang ditetapkan dan jika semua butir-butir yang mustahak tidak dapat dimasukkan dengan mudah di dalam catatan atau borang itu, maka hendaklah ditulis pada beberapa kertas lampiran yang perlu dan dikembarkan kepadanya.

(2) Butir-butir yang mesti dimasukkan dalam catatan-catatan itu hendaklah mengandungi

(3) Catatan itu hendaklah disahkan dengan tandatangan pegawai Mahkamah yang mendengar kes itu, dan hendaklah difailkan sebagaimana yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.