ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 42. Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah
---
(a)
dalam bidangkuasa jenayah, membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan dihukum di bawah Enakmen ini atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984 atau undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan sebarang kesalahan, dan boleh mengenakan sebarang hukuman yang diperuntukkan di dalamnya;
(b)
dalam bidangkuasa Mal mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan:
(i) pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh), atau perpisahan (faraq);
(ii) sebarang pelupusan atau tuntutan kepada harta yang wujud daripada perkara-perkara yang disebut dalam sub perenggan (i);
(iii) nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan (hadzanah) atau jagaan kanak-kanak;
(iv) pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;
(v) wasiat atau pemberian pada ketika hampir mati (maradhul maut) seseorang simati Islam;
(vi) pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam;
(vii) wakaf atau nazar;
(viii) menentu dan membahagikan harta berwasiat dan tidak berwasiat orang Islam; atau
(ix) perkara lain yang berkenaan dengannya, bidangkuasa diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.