ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN XI - PEMANSUHAN, PERKECUALIAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 89. Pencegahan berlakunya anomali.

Jika berbangkit apa-apa kesulitan berkenaan dengan peruntukan-peruntukan peralihan dalam Ordinan ini, Menteri boleh, melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa pengubahsuaian dalam peruntukan-peruntukan itu sebagaimana yang ternampak kepadanya perlu untuk mencegah berlakunya anomali:

Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas tamatnya tempoh dua tahun dari tarikh ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.