ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab VII - DARIHAL BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 67. Yang dituduh dibicarakan di tempat di mana perbuatan dilakukan atau akibatnya terjadi.

Apabila seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan atas sebab perkara yang telah dilakukan atau akibat yang berikutan dengannya telah terjadi kesalahan itu boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa di mana perkara itu telah dilakukan atau apa-apa akibat itu telah terjadi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.