ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki.
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya,
(a)
wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syara'; atau
(b)
Hakim Syar'iah yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syar'iah itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh Wali Raja mengikut Hukum Syara'; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syara'.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.