ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMBERIAN BERWASIAT



Seksyen 26. Bekues kepada waris dan bukan waris.

(1) Jika sesuatu bekues dibuat kepada seseorang yang bukan waris atas kadar yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat selepas dijelaskan segala hutangnya, bekues itu hendaklah dikuatkuasakan tanpa perlu mendapat persetujuan waris-warisnya.

(2) Sesuatu bekues yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi satu pertiga tidak boleh dikuatkuasakan melainkan jika waris-waris mempersetujuinya selepas kematian pewasiat.

(3) Sesuatu bekues yang dibuat oleh orang yang berhutang hanya akan berkuat kuasa setakat baki harta pusakanya selepas dijelaskan segala hutangnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.