ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 34. Waran: kepada siapa diarahkan

(1) Suatu waran tangkap hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan semua Pegawai Penguatkuasa Agama yang lain, dan manamana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu di mana-mana bahagian di Negeri Pulau Pinang.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis yang lain di Negeri Pulau Pinang atau mana-mana orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis, dan semua atau mana-mana seorang atau lebih seorang daripada mereka boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.