ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 142. Pemakaian.

(1) Melainkan sebagaimana yang disyaratkan Enakmen ini hendaklah dipakai hanya kepada orang-orang yang berigama Islam sahaja.

(2) Terkecuali sebagaimana disyaratkan dengan nyatanya di dalam Enakmen ini, pendakwaan bagi sesuatu kesalahan terhadap Enakmen ini hendaklah tidak diadakan di dalam sesebuah Mahkamah Rayuan.

(3) Tiap-tiap keputusan atau hukuman mengikut Hukum Syarak sebagaimana yang disyaratkan di dalam Enakmen ini, hendaklah berdasarkan di atas Qaul yang Rajih dalam Mazhab Imam Shafie melainkan yang diperuntukkan di dalam Enakmen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang diperbuat di bawah Enakmen ini dari semasa ke semasa.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.