ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 30. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.
Tiada seorang pun, selain Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 26, boleh-
(a)
menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Ordinan ini; atau
(b)
mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan perakuan bagi perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.