ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV
Darihal Perpindahan Kes-kes Jenayah
Seksyen 202. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pindahkan kes-kes.
Apabila nyata kepada Hakim Mahkamah Syariah-
(
a
) bahawa perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah tidak boleh diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah; atau
(
b
) bahawa ada kemungkinan beberapa soalan undang-undang yang rumit akan berbangkit; atau
(
c
) bahawa lawatan ke tempat di mana dalam atau berhampiran dengannya kesalahan itu telah dilakukan adalah diperlukan untuk membuat sesuatu perbicaraan yang memuaskan; atau
(
d
) bahawa arahan di bawah seksyen ini akan membawa kemudahan secara am kepada pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(
e
) bahawa arahan itu bersesuaian dengan dasar keadilan, atau seperti yang dikehendaki oleh mana-mana peruntukan di dalam Kanun ini,
Hakim itu boleh mengarahkan-
(i) bahawa sesuatu kes jenayah tertentu dipindahkan dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(ii) bahawa seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.