ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN IX - PLIDING



Seksyen 56. Pembelaan.

(1) Jika defendan ingin membela seluruh atau sebahagian tuntutan itu ia hendaklah, tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh kembalikan atas saman itu atau dalam tempoh masa lanjutan dan atas terma-terma yang dibenarkan oleh Mahkamah, memfailkan dan menyebab disampaikan atas tiap-tiap plaintif suatu pembelaan dalam Borang 6.

(2) Jika defendan ingin membuat tuntutan balas ia hendaklah memfailkan dan menyebab disampaikan kepada tiap-tiap plaintif dalam tempoh masa yang sama suatu tuntutan balas, yang boleh menjadi sebahagian daripada dokumen yang sama dengan pembelaannya, jika ada.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.