ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988
BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA
Seksyen 15. Pembatalan Pendaftaran
(1) Pendaftar hendaklah memberitahu Jemaah tentang apa-apa ketidakpatuhan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya membuat sesuatu untuk mematuhi syarat-syarat itu.
(2) Kegagalan mematuhi arahan-arahan itu boleh menyebabkan terbatalnya suratcara itu dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Agama tersebut.
(3) Mana-mana Jemaah yang Sekolah Agamanya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen ini boleh, apabila Pendaftar berpuas hati yang ketidakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan-arahan Pendaftar telah diperbaiki, memohon lagi untuk mendaftarkan semula Sekolah Agama itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.