ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Proses Mahkamah Untuk Memaksa Kehadiran Saman



Seksyen 28. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman untuk hadir yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah secara tulis dalam Borang 2 terkandung di dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am kesalahan orang yang dituduh dan di bawah seksyen dan Ordinan atau Undang-Undang mana dia boleh dihukum.

(3) Saman tersebut biasanya hendaklah disampaikan oleh Pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman bolehlah jika dia fikirkan patut mengarahkan saman itu disampaikan oleh mana-mana orang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.