ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 109. Soalan-soalan yang boleh menyokong keterangan mengenai fakta relevan boleh diterima.

Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta relevan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan masa atau tempat yang fakta relevan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika dibuktikan, akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta relevan yang mengenainya dia memberikan keterangan.

MISALAN

A, seseorang rakan sejenayah, menerangkan hal suatu kesalahan yang dia telah mengambil bahagian. Dia menceritakan berbagai kejadian, yang tidak berkaitan dengan kesalahan itu, yang telah berlaku dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat di mana rompakan itu telah dilakukan.

Keterangan bebas mengenai fakta-fakta ini boleh diberikan bagi menyokong keterangannya itu ten tang kesalahan itu sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.