ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 64. Kuasa Mahkamah memerintahkan cagaran diberi nafkah.

Mahkamah boleh, apabila mengaward nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi semua atau mana-mana bahagian daripadanya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah sebagai amanah untuk membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.