ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VI - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 73. Beban membukti.

(1) Sesiapa berkehendak mana-mana Mahkamah membuat hukuman tentang mana-mana hak atau tanggungan di sisi undang-undang dengan bergantung atas adanya nyataan yang ditegakkan olehnya, mestilah membuktikan bahawa nyataan itu ada.

(2) Apabila seseorang terpaksa membuktikan ada sesuatu nyataan yang wujud, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak atas orang itu.

M
ISALAN

"A" berkehendak Mahkamah memberi hukuman supaya "B" dihukum kerana jenayah yang "A" kata telah dilakukan oleh "B".

"A" mestilah membuktikan bahawa "B" telah melakukan jenayah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.