ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002


JADUAL KETIGA - Borang MS 13

(Subseksyen 58 (1))

PEMOHONAN UNTUK MERAYU OLEH SESEORANG YANG BERTANGGUNGAN

Afidavit sokongan

Saya
....................................................................... yang beralamat di ................................................... (jika dalam suatu tindakan, defendan yang dinamakan di atas bersumpah dan menyatakan seperti yang berikut:

1. (Jika dalam suatu tindakan). Tindakan ini dibawa untuk mendapatkan kembali (nyatakan apa) yang dituntut oleh plaintif tetapi saya telah menerima suatu tuntutan yang bertentangan dengan tuntutan plaintif daripada .............................. yang beralamat di .......................................... (atau, jika tidak ada tindakan), saya telah menerima tuntutan-tuntutan bertentangan daripada .................................... yang beralamat di ............................. dan........................ yang beralamat di ............................. ke atas (nyatakan apa) yang bernilai lebih kurang RM ....... Saya menjangka akan didakwa atas tuntutan-tuntutan ini oleh pihak-pihak menuntut tersebut.

2. Saya tidak menuntut apa-apa kepentingan dalam hal perkara yang dipertikaikan (selain jumlah wang sebanyak RM ...... bagi kos atau caj) (atau mengikut mana-mana yang berkenaan). Saya tidak dengan apa-apa jua cara pun berpakat-sulit dengan salah seorang (atau mana-mana) pihak menuntut tersebut.

3. Saya bersedia dan sanggup membawa ke dalam Mahkamah atau membayar atau membereskan hal perkara yang dipertikaikan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Mahkamah.

Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26)




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.