ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 76. Bentuk pertuduhan.

(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Kanun ini hendaklah menyatakan kesalahan apa yang tertuduh itu dipertuduhkan.

(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberi apa-apa nama tertentu kepadanya, maka kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

(3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memberi apa-apa nama tertentu kepadanya, takrif yang secukupnya bagi kesalahan itu hendaklah dinyatakan supaya tertuduh itu dimaklumkan perkara yang dia dipertuduhkan.

(4) Undang-undang dan seksyen undang-undang yang terhadapnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan hendaklah disebutkan dalam pertuduhan itu.

(5) Fakta bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu pernyataan bahawa tiap-tiap syarat yang dikehendaki mengikut undang-undang bagi menjadikan kesalahan itu dipertuduhkan telah dipenuhi dalam kes tertentu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.