ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 169. Perintah atas penyemakan.

Apabila sesuatu kes adalah disemak di bawah Bab ini oleh Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, ia hendaklah memperakukan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang olehnya pendapat, hukuman atau perintah yang disemak itu telah direkodkan atau dijatuhkan dengan menyatakan, jika pendapat, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan-alasan bagi pengubahan itu; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah itu diperakukan sedemikian hendaklah sesudah itu membuat perintah sebagaimana yang sesuai dengan keputusan yang diperakukan itu dan jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.