ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan



Seksyen 22. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri.

(1) Tertakluk kepada seksyen 14 (3) dan subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 26 (3) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

(2) Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuas hati-


(3) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Sarawak di bawah Ordinan ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Sarawak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.