ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN VII-MASJID



Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam Negeri Perlis.

(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletakhak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.