ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang Dokumen
Seksyen 64. Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.
Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah apa-apa dokumen yang berupa suatu rekod atau memorandum keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberi oleh seorang saksi di dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan seorang pegawai yang diberikuasa oleh undang-undang bagi mengambil keterangan itu atau yang berupa suatu pernyataan atau
iqrar
oleh seseorang banduan atau seseorang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh mana-mana Hakim Mahkamah Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen, atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sebagaimana yang disebut terdahulu, maka Mahkamah hendaklah menganggap bahawa-
(a)
dokumen itu adalah tulen;
(
b)
apa-apa pernyataan yang berupa dibuat oleh orang yang menandatanganinya mengenai hal keadaan di mana ianya telah diambil, adalah benar; dan
(c)
keterangan, pernyataan atau
iqrar
itu telah diambil dengan sempurnanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.