ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN VII - PENGURUSAN WAKAF
Seksyen 32. Pembangunan semula mawquf.
(1) Apa-apa
mawquf
yang telah musnah sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya boleh dibangunkan semula oleh Majlis dengan menggunakan Kumpulan Wang Wakaf atau sumber pembiayaan lain.
(2) Apa-apa
mawquf
yang telah dibangunkan semula hendaklah kekal sebagai
mawquf
.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), tidaklah menjadi kewajipan Majlis untuk membangunkan semula
mawquf
yang musnah akibat
force majeure
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.