ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN V - PENYATA



Seksyen 26. Penyata pendapatan dan notis kena zakat.

(1) Setiausaha boleh bagi mana-mana tahun menghendaki mana-mana orang melalui notis bertulis supaya memberi kepadanya dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu (iaitu masa yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis itu) suatu penyata seperti dalam borang yang ditetapkan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentukan jumlah nisab (jika ada) orang itu bagi tahun tersebut.

(2) Tiap-tiap orang yang boleh dikenakan zakat bagi mana-mana tahun yang belum lagi dikehendaki dalam masa tiga bulan selepas bermulanya tahun itu membuat penyata bagi tahun itu di bawah subseksyen (1) hendaklah dalam masa empat belas hari selepas tamatnya tempoh itu memberi notis kepada Setiausaha bahawa dia boleh dikenakan zakat yang sedemikian itu.

(3) Seseorang individu yang-

hendaklah dalam masa dua bulan memberi notis kepada Setiausaha bahawa dia akan dikenakan zakat yang sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.