ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAB II - PERKAHWINAN



Seksyen 23. Poligami.

(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang isteri kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Mahkamah Syariah dan jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Subseksyen (1) adalah terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Johor oleh seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Johor dan perkahwinan di luar Negeri Johor oleh seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Johor.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Syariah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan di dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-


(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

(6) Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen bagi rayuan dalam perkara mal.

(7) Seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

(8) Acara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Johor di bawah Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.