ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 102. Pengaduan.

(1) Sesuatu maklumat yang bertujuan menjalankan pendakwaan hendaklah dibuat dengan bertulis atau dengan lisan kepada Qadi Mahkamah Rendah Syar'iah.

(2) Jika sekiranya dibuat secara lisan, maklumat itu hendaklah ditulis oleh Qadi itu sendiri.

(3) Dalam mana-mana satu cara itu, Qadi hendaklah menghendaki orang yang memberi maklumat itu berikrar di atas kebenaran maklumat itu.

(4) Orang yang memberi maklumat itu dan Qadi hendaklah menandatangani maklumat itu.

(5) Mana-mana Qadi yang, setelah menerima maklumat itu, mendapati bahawa perkara pengaduan itu berlaku di luar bidangkuasanya atau termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah mengedarkan pengaduan itu kepada Mahkamah yang berkenaan.

(6) Mahkamah boleh enggan mengambil apa-apa tindakan di atas maklumat itu jika tidak berpuas hati bahawa ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.