ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 20. Orang-orang yang telah ditangkap oleh Pegawai Masjid atau Pegawai Majlis atau Penghulu atau Guru Agama yang bertauliah, tindakan terhadapnya.

Seorang Pegawai Masjid atau Pegawai Majlis atau Penghulu atau Guru Agama yang bertauliah yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi membawa orang yang ditangkapnya itu kepada Penyelia Agama atau Pegawai Polis yang hampir sekali, ataupun jika tidak ada Penyelia Agama, Pegawai Polis hendaklah membawa orang itu ke Pejabat Penyelia Agama atau Balai Polis yang hampir sekali, dan seorang Penyelia Agama atau Pegawai Polis hendaklah membawa orang itu ke Pejabat Penyelia Agama atau Balai Polis yang hampir sekali, dan seorang Penyelia Agama atau Pegawai Polis hendaklah menangkap semula tiap-tiap orang yang ditangkap itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.