ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXX - WANG, KUMPULAN WANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 220. Kumpulanwang tak dituntut.

(1) Wang di dalam Mahkamah yang tidak dilaburkan dan tidak dituntut selepas enam tahun dan kumpulanwang yang dilaburkan yang tidak dituntut selepas sepuluh tahun, hendaklah kecuali jika Mahkamah mendapat notis mengenai mana-mana tuntutan yang ditangguh terhadapnya oleh seorang kanak-kanak atau seorang yang tak siuman, menjadi harta Baitulmal dan hendaklah pada tahun hadapannya dibayar kepada Baitulmal.

(2) Jika ada apa-apa tuntutan dibuat terhadap wang atau kumpulanwang ini selepas dari ini Mahkamah boleh menggunakan budibicaranya membayar jumlah tuntutan itu ataupun nilainya kepada pihak menuntut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.