ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 39. Penggantungan pelaksanaan sementara menunggu keputusan apil.

Memasukkan notis apil tidaklah boleh disifatkan sebagai menggantung pelaksanaan apa-apa keputusan, hukuman, atau perintah, tetapi Mahkamah yang keputusannya diapil atau Makamah Tinggi Syar'iah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana keputusan, perintah, hukuman, atau sabitan sementara menanti keputusan apil, atas apa-apa syarat berhubung dengan jaminan untuk membayar apa-apa wang atau menjalankan atau meninggalkan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa hukuman yang telah diperintahkan oleh atau dalam keputusan, perintah, hukuman, atau sabitan itu yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah yang keputusannya diapil atau oleh Mahkamah Tinggi Syar'iah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.