ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 92. Susunan pemeriksaan dan arahan bagi pemeriksaan semula.

(1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa utama, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak lawan, diperiksa balas, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak yang telah memanggil mereka, diperiksa semula.

(2) Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubungan dengan fakta yang relevan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta-fakta yang telah diberi sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

(3) Pemeriksaan semula hendaklah diarahkan kepada penghuraian perkara-perkara yang disebut di dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran mahkamah, suatu perkara baru dikemukakan di dalam pemeriksaan semula, maka pihak lawan boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

(4) Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama yang selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas yang selanjutnya, dan jika mahkamah membenarkan demikian itu, maka pihak-pihak berkenaan adalah berhak memeriksa balas selanjutnya dan memeriksa semula yang selanjutnya, mengikut mana yang berkenaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.