ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - DARIHAL PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH
Seksyen 199. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kes-kes.
Apabila ternyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bahawa-
(a) perbicaraan yang adil dan saksama tidak boleh diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;
(b) persoalan undang-undang yang luarbiasa rumitnya berkemungkinan berbangkit;
(c) tinjauan ke tempat di mana atau ke tempat yang berhampiran dengan tempat kesalahan dilakukan adalah perlu bagi perbicaraan yang memuaskan dapat dijalankan baginya;
(d) perintah di bawah seksyen ini akan membawa kepada kemudahan am bagi pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e) perintah sedemikian adalah suaimanfaat bagi pencapaian keadilan, atau adalah dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Kanun ini,
Hakim itu boleh memerintah supaya-
(i) mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan kepada dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(ii) orang yang dituduh dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.