ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 89. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dipertuduh bersama

(1) Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahankesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kesalahan itu mula-mula dilakukan, sama ada berkenaan dengan orang yang sama atau tidak, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi apaapa bilangan kesalahan itu yang tidak melebihi tiga.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan-kesalahan itu boleh dihukum di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sama yang sedang berkuat kuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.