ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - DARIHAL PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH



Seksyen 200. Permohonan bagi pemindahan hendaklah disokong oleh afidavit.

(1) Tiap-tiap permohonan bagi penjalanan kuasa yang diberikan oleh Bab ini hendaklah dibuat melalui usul yang disokong oleh afidavit.

(2) Tiap-tiap permohonan tersebut hendaklah dibuat sebelum perbicaraan kesalahan itu berakhir.

(3) Satu salinan tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada semua pihak dalam perbicaraan itu dan tiada perintah boleh dibuat atas permohonan itu melainkan jika sekurang-kurangnya empat puluh lapan jam telah berlalu antara penyerahan apa-apa notis dengan pendengaran permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.