BAHAGIAN VII - PENJAGAAN PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA
(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh diperintahkan oleh Mahkamah supaya mengemukakan suatu akuan mengenai urusan-urusan yang dibuat olehnya mengenai harta kanak-kanak itu. (3) Mahkamah boleh, kerana sesuatu sebab yang memadai, membatalkan apa-apa perintah, atau memansuhkan apa-apa perlantikan, yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan boleh melantik seorang lain dengan memberi kepadanya kuasa yang sama atau apa-apa kuasa yang lebih besar atau lebih kecil yang difikirkannya patut, atau boleh melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.