ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VI - PENUBUHAN LEMBAGA HAL-EHWAL ISLAM DAN ADAT MELAYU, LEMBAGA MASJID-MASJID, DLL.
Am



Seksyen 60. Penubuhan masjid.

(1) Majlis boleh pada bila-bila masa-
(2) Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat penetapan di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.

(3) Majlis boleh pada bila-bila masa, melalui pemberitahuan dalam Warta atau selainnya, menentukan, meminda atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.

(4) Majlis boleh melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut untuk menguruskan atau menjaga mana-mana masjid dan jawatankuasa itu hendaklah menunaikan fungsi-fungsinya di bawah arahan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.